Domain Aplikasi · SISDA

Status Semasa dan Hala Tuju Domain Aplikasi SISDA

Pemantauan, Analitik Forecast, Sekuriti & Pelan Pembangunan 2027

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Enterprise Architecture (EA) Bil. 2/2026
Isnin, 23 November 2026
Muhammad Izzuddin bin Isa · Ketua Unit Analitik Sistem
Cawangan Ekosistem Data & Analitik Sistem
Bahagian Risikan & Pemodenan Pasaran, FAMA
Portal SISDA
FAMA KPKM Surveillance and Intervention on Supply And Demand Of Agrofood
Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan/Puan Pengerusi serta ahli-ahli Jawatankuasa Teknikal Enterprise Architecture. Saya Muhammad Izzuddin bin Isa, Ketua Unit Analitik Sistem, Cawangan Ekosistem Data dan Analitik Sistem, mewakili pasukan SISDA daripada Bahagian Risikan dan Pemodenan Pasaran FAMA, akan membentangkan status semasa dan hala tuju SISDA — Pengawasan serta Intervensi Bekalan dan Pemasaran Agromakanan — khusus bagi Domain Aplikasi. Pembentangan ini merangkumi kemajuan utama sejak pelancaran Portal SISDA v1 pada 20 Jun 2026, status migrasi AWS Cloud yang telah siap sepenuhnya (100%) berserta kos penggunaan semasa, dapatan analisis model forecast 41 komoditi, penambahbaikan hasil Bengkel JK Penasihat Teknikal SISDA, audit sekuriti Node.js, status harta intelek dan cap dagangan MyIPO, serta 4 modul utama bagi hala tuju 2027.
Agenda

Kandungan Pembentangan

Struktur agenda pembentangan Domain Aplikasi SISDA
01

Highlight Event

Pelancaran rasmi v1 (20 Jun 2026), Mesyuarat/Bengkel JK Penasihat Teknikal SISDA, Blueprint SISDA (IP 1.1) dan tindakan sekuriti Node.js.

  • 6 Mei · JK SISDA Bil. 1/2026
  • 20 Jun · Go-live rasmi
  • 27–29 Jul · Bengkel JK SISDA
  • 24–25 Okt · Audit sekuriti
02

Status Semasa, Prestasi & Penambahbaikan

Migrasi AWS Cloud (100%) dan kos penggunaan, Dashboard Penggubal Dasar, prestasi forecast ML (41 komoditi / 102 varieti), 3 skop penambahbaikan, sekuriti dan cap dagangan MyIPO.

  • AWS Cloud 100% siap
  • Galeri Portal SISDA
  • Ketepatan median 93.43%
  • Node.js v22.23.4
03

Hala Tuju 2027

Perluasan kepada Pengeluar & Pemasar melalui 4 modul utama: Analisis Bekalan, Analisis Pasaran, Sentiment Pulse dan Agri-Analyst Geospatial.

  • Pengeluar DAN Pemasar
  • 3 modul siap Sep 2027
  • Geospatial siap Dis 2027
04

Isu & Cabaran

Isu data merentas agensi, data bukan real-time dan fine-tuning model ML, serta perkara untuk makluman, pandangan dan kelulusan JK EA.

  • 3 isu teknikal
  • 5 perkara makluman
  • 2 perkara pandangan & kelulusan
Pembentangan ini disusun kepada empat bahagian utama. Bahagian pertama mengimbas peristiwa penting bermula dengan pelancaran rasmi v1 sehingga audit sekuriti terkini. Bahagian kedua memperincikan status semasa sistem, pencapaian 100% migrasi AWS, prestasi model forecast 41 komoditi, penambahbaikan hasil Bengkel JK SISDA, sekuriti Node.js dan status harta intelek. Bahagian ketiga membentangkan hala tuju 2027 yang menumpukan 4 modul utama bagi Pengeluar dan Pemasar. Akhir sekali, bahagian keempat menggariskan isu teknikal serta perkara untuk makluman, pandangan dan kelulusan Jawatankuasa EA.
01
Bahagian 1
Highlight Event
Perkembangan utama & peristiwa penting SISDA (Mei – Oktober 2026)
6 Mei · JK SISDA Bil. 1/2026
20 Jun · Go-live rasmi
27–29 Jul · JK Bil. 2/2026 & Bengkel
16 Okt · Blueprint SISDA IP 1.1
24–25 Okt · Audit sekuriti
Kita mulakan dengan Bahagian Pertama, iaitu Highlight Event yang menandakan pencapaian dan peristiwa penting pembangunan SISDA sepanjang tahun 2026.
Bahagian 1 · Highlight Event

Perjalanan SISDA: Dari Pelancaran Sehingga Audit Sekuriti

Kronologi peristiwa utama SISDA 2026 dan sasaran seterusnya
JK SISDA Bil. 1/2026
Pembentangan awal Portal SISDA v1 kepada JK Penasihat Teknikal Pembangunan SISDA (sesi pembentangan, tiada keputusan khusus).
6 Mei
Pengurusan Tertinggi
Pembentangan kepada Pengurusan FAMA, TKSUD, KSU KPKM & YBM Menteri.
10–19 Jun
Go-live rasmi · 2.30 petang
Dirasmikan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu (Menteri KPKM) sempena Majlis Perasmian Program Road To MAHA 2026 (RTM) Zon Tengah, Kompleks Sukan Pandamaran, Klang. Capaian dibuka kepada ~20 penggubal dasar.
20 Jun 2026
JK SISDA Bil. 2/2026 + Bengkel
Diadakan serentak dengan Bengkel Penambahbaikan SISDA; cadangan dirumuskan dalam 3 skop (ML, Ekonometrik, Portal).
27–29 Jul
Blueprint SISDA
Penerbitan Blueprint SISDA Edisi IP 1.1 (SISDA-IP-001) untuk urusan MyIPO.
16 Okt
Audit sekuriti Node.js
Node.js dinaik taraf kepada v22.23.4 dan 3 vulnerability tahap TINGGI ditutup; disahkan selepas reboot EC2 (26 Okt).
24–25 Okt
Sasaran
PWA & Pause Ticker Harga dijangka siap awal Januari 2027.
Jan 2027
Perjalanan SISDA sepanjang tahun 2026 menyaksikan beberapa milestone penting. Selepas pembentangan awal kepada JK SISDA Bil. 1/2026 pada 6 Mei, Portal SISDA v1 telah dilancarkan secara rasmi pada 20 Jun 2026, jam 2.30 petang, oleh YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan sempena Program Road To MAHA 2026 Zon Tengah di Klang. Kemudian, pada 27 hingga 29 Julai 2026, Mesyuarat JK SISDA Bil. 2/2026 dan Bengkel Teknikal telah diadakan untuk merumuskan cadangan penambahbaikan sistem. Pada 16 Oktober 2026, Blueprint SISDA Edisi IP 1.1 diterbitkan. Seterusnya, pada 24 hingga 25 Oktober 2026, langkah sekuriti proaktif dilaksanakan melalui audit keselamatan dan patch bagi vulnerability Node.js.
02
Bahagian 2
Status Semasa, Prestasi & Penambahbaikan
Infrastruktur AWS Cloud, Dashboard Penggubal Dasar, Forecast ML & Sekuriti
100%
Migrasi ekosistem SISDA ke AWS Cloud — siap sepenuhnya
93.43%
Ketepatan median model forecast (100% − MAPE)
25→41
Komoditi dalam forecast: semasa pelancaran → komoditi master semasa
~20
Pengguna penggubal dasar (KPKM, FAMA & ahli jawatankuasa)
Kita beralih ke Bahagian Kedua, iaitu Status Semasa, Prestasi dan Penambahbaikan Sistem SISDA. Secara ringkas, migrasi ke AWS Cloud telah 100% siap, ketepatan median model forecast ialah 93.43%, skop forecast telah berkembang daripada 25 kepada 41 komoditi, dan portal kini digunakan oleh kira-kira 20 penggubal dasar.
Bahagian 2 · Infrastruktur

Status Infrastruktur & Migrasi Cloud AWS

Persekitaran AWS Cloud dan ekosistem data SISDA telah siap sepenuhnya
100% SIAP
100%
STATUS MIGRASI
Seluruh ekosistem SISDA beroperasi di AWS Cloud
AWS Cost and Usage · November 2026
USD612.78≈ RM 2,524.65
Kos bulan semasa (setakat 20 Nov 2026). Kadar tukaran: 1 USD = RM 4.1200 (kadar jualan Bank Negara Malaysia, 20 Nov 2026, sesi 11:30). Unjuran akhir bulan: USD 934.90.
Amazon QuickSight
$275.0844.9%
EC2 – Compute
$213.2934.8%
Cukai (Tax)
$45.387.4%
Lain-lain (Others)
$32.755.3%
EC2 – Other
$32.445.3%
Virtual Private Cloud
$13.842.3%
Pecahan kos mengikut service AWS (USD). Sumber: AWS Console — Cost and usage, tangkapan skrin Board 20 Nov 2026
Aliran data AWS Step Functions
S3 Raw
Data mentah
S3 Cleansed
Dibersihkan & diseragamkan
S3 Curated
Sedia guna + log audit integriti
RDS / Portal
PostgreSQL → Portal SISDA
AWS Glue 5.0 (PySpark)
Distributed ETL/ELT bagi 41 komoditi & 102 varieti
Amazon S3 Persistence
Lapisan Raw, Cleansed & Curated dengan log audit integriti automatik
Amazon RDS PostgreSQL
9 jadual harga operasi; kemas kini batch 2,000 baris
AWS EC2 DB Worker
Server khusus untuk ETL dan tugas penyelarasan data
Sumber: Jawapan Board 19 Nov 2026; sisda-step-functions-workflow-diagram.pdf
Untuk makluman Jawatankuasa, migrasi ekosistem SISDA ke AWS Cloud telah siap sepenuhnya (100%). Seluruh seni bina pemprosesan — merangkumi AWS Glue 5.0, Amazon S3 Data Lakehouse, Amazon RDS PostgreSQL dan EC2 Workers — kini beroperasi sepenuhnya dalam persekitaran AWS Cloud. Bagi kos penggunaan, jumlah kos AWS bagi bulan November 2026 setakat 20 November ialah USD 612.78, iaitu kira-kira RM 2,524.65 berdasarkan kadar jualan Bank Negara Malaysia pada 20 November 2026 (1 USD = RM 4.1200). Komponen kos terbesar ialah Amazon QuickSight (USD 275.08) dan EC2 – Compute (USD 213.29), diikuti cukai (USD 45.38), lain-lain service (USD 32.75), EC2 – Other (USD 32.44) dan Virtual Private Cloud (USD 13.84). Unjuran kos sehingga akhir bulan ialah USD 934.90.
Bahagian 2 · Aplikasi

Paparan Penggubal Dasar & Modul Operasi (Fasa 1)

8 modul teras Portal SISDA bagi penggubal dasar KPKM & FAMA
01

Landing Page

Ringkasan eksekutif & pergerakan harga semasa agromakanan

02

Dashboard Penggubal Dasar

Status bekalan, amaran awal & trend utama pasaran

03

Analisis Unjuran

Forecast harga bulanan 41 komoditi / 102 varieti

04

Simulasi What-If

Model ML, Econometric Insight & SISDA AI Analyzer

05

Pengawasan Harga

Siri harga harian/mingguan/bulanan mengikut peringkat pasaran

06

Pengawasan SISDA

Status stok & kestabilan bekalan komoditi strategik

07

Intervensi SISDA

Cadangan & koordinasi tindakan intervensi berasaskan bukti

08

SISDA AI Analyzer

Pembantu analitik pintar berpandukan konteks data terurus

~20
pengguna penggubal dasar — KPKM, FAMA & ahli jawatankuasa berkaitan
Dibangunkan sepenuhnya
Paparan Penggubal Dasar Fasa 1
Galeri tangkapan skrin portal pada dua slaid seterusnya. Sumber: Jawapan Board 19 Nov 2026
Paparan Penggubal Dasar bagi Fasa 1 telah dibangunkan sepenuhnya dan kini diakses oleh kira-kira 20 orang pengguna utama daripada KPKM, FAMA dan ahli jawatankuasa. Portal ini menyediakan 8 modul teras, iaitu Landing Page, Dashboard Penggubal Dasar, Analisis Unjuran, Simulasi Senario What-If, Pengawasan Harga, Pengawasan SISDA, Intervensi SISDA dan SISDA AI Analyzer.
Bahagian 2 · Galeri Portal SISDA (1/2)

Pemantauan & Pengawasan

Klik gambar untuk paparan lebih besar
Portal SISDA
01Landing Page
02Dashboard Penggubal Dasar
05Pengawasan Harga
06Pengawasan SISDA
07Intervensi SISDA
PORTAL SISDA · FASA 1
8 modul teras untuk penggubal dasar
~20 penggunaKPKM · FAMA
Tangkapan skrin sebenar Portal SISDA
Berikut ialah paparan sebenar Portal SISDA. Landing Page memaparkan ringkasan eksekutif dan pergerakan harga semasa. Dashboard Penggubal Dasar memberikan ringkasan status bekalan dan pasaran nasional. Modul Pengawasan Harga memantau siri harga mengikut peringkat pasaran, Pengawasan SISDA memantau kestabilan bekalan komoditi strategik, manakala Intervensi SISDA menyokong tindakan intervensi pasaran berasaskan bukti.
Bahagian 2 · Galeri Portal SISDA (2/2)

Analitik Forecast & Simulasi What-If

Klik gambar untuk paparan lebih besar
03Analisis Unjuran
04What-If · Model ML
04What-If · Econometric Insight
04What-If · SISDA AI Analyzer
Rakaman demo · SISDA AI Analyzer (40 saat)
08SISDA AI Analyzer · poster video demo; pautan video (perlu internet)
Bagi analitik, modul Analisis Unjuran memaparkan forecast harga bulanan bagi setiap komoditi dan varieti. Simulasi Senario What-If disediakan melalui tiga enjin, iaitu Model ML, Econometric Insight dan SISDA AI Analyzer. SISDA AI Analyzer pula membolehkan penggubal dasar bertanya soalan dan menjana laporan visual eksekutif berpandukan data terurus.
Bahagian 2 · Analitik Forecast

Prestasi Forecast Harga Machine Learning

Perluasan skop forecast & ringkasan ketepatan model
Skop komoditi
2541
komoditi master — daripada 25 komoditi semasa pelancaran (20 Jun 2026)
102varieti unik
2,411siri model
28,932rekod bulanan
Liputan rekod mengikut peringkat pasaran
Runcit
43.72%
Borong
40.61%
Ladang
15.68%
Rekod bulanan Jan–Dis 2026
Ketepatan median model
93.43%
ralat median 6.57%
Metrik: Ketepatan = 100% − MAPE.
Taburan ketepatan · 28,932 rekod
Cemerlang (>80%): 92.00% · 26,616 rekod Sederhana (50–80%): 7.55% · 2,184 rekod Rendah (<50%): 0.46% · 132 rekod 92% rekod > 80%
Cemerlang (>80%)26,616 rekod92.00%
Sederhana (50%–80%)2,184 rekod7.55%
Rendah (<50%)132 rekod0.46%
Sumber: Laporan Analisis Model Forecast SISDA 2026 (ringkasan); Jawapan Board 19 Nov 2026
Skop model forecast harga SISDA telah berkembang pesat daripada 25 komoditi semasa pelancaran kepada 41 komoditi master yang merangkumi 102 varieti unik dan 2,411 siri model di peringkat ladang, borong dan runcit. Berdasarkan Laporan Analisis Forecast 2026, prestasi model berada pada tahap yang sangat tinggi, dengan ketepatan median mencecah 93.43%. Sebanyak 92.00% daripada keseluruhan 28,932 rekod forecast mencatatkan ketepatan melebihi 80%, dan hanya 0.46% rekod berada di bawah tahap ketepatan 50%.
Bahagian 2 · Penambahbaikan

Penambahbaikan Berdasarkan Keputusan JK SISDA

Rumusan Mesyuarat JK SISDA Bil. 2/2026 & Bengkel Penasihat Teknikal (27–29 Julai 2026)
Bengkel JK Penasihat Teknikal SISDA · 27–29 Jul 2026
Skop 1

Hasil Model Machine Learning

30calon model AutoML diuji
  • Kaedah Weighted Score berbilang metrik + MAE untuk pemilihan model
  • Pengujian 30 calon model AutoML
  • Kriteria kelulusan model diseragamkan
Dimasukkan dalam enjin pemodelan MLSIAP
Skop 2

Hasil Model Ekonometrik

3model rujukan seragam: SARIMAX · ARDL · OLS
  • Dokumentasi matriks faktor & model SARIMAX, ARDL, OLS
  • Mengikut komoditi & peringkat pasaran untuk rujukan seragam
  • Pelaksanaan semula model / What-If
Matriks siap & model dilaksanakan semulaSIAP
Skop 3

Fungsi Portal SISDA

2fungsi dalam pembangunan · sasaran awal Jan 2027
  • Progressive Web App (PWA) — kesesuaian paparan merentas komputer, tablet & telefon
  • Pause Ticker Harga — kelajuan dikurangkan & fungsi pause apabila ditekan
Sasaran siap: awal Jan 2027DALAM PEMBANGUNAN
Sumber: Laporan Cadangan Penambahbaikan Portal SISDA m/s 1–4; Jawapan Board 19 Nov 2026
Berdasarkan keputusan Bengkel JK Penasihat Teknikal SISDA pada 27 hingga 29 Julai 2026, penambahbaikan dibahagikan kepada tiga skop. Bagi model ML dan model ekonometrik, semua cadangan — kaedah Weighted Score, pengujian 30 calon model AutoML dan penyediaan matriks faktor — telah SIAP dilaksanakan. Bagi fungsi portal pula, penambahbaikan Progressive Web App (PWA) dan fungsi pause ticker harga masih dalam pembangunan dan disasarkan siap pada awal Januari 2027.
Bahagian 2 · Sekuriti

Status Keselamatan Aplikasi & Audit Sekuriti Node.js

Audit Keselamatan dan Pengukuhan Server SISDA oleh Cawangan EDAS (24–26 Oktober 2026)
Semua vulnerability tahap TINGGI telah ditutup dan semua security patch terkini telah dipasang.
Okt 2026
Makluman NACSA

Hebahan vulnerability Node.js — risiko RCE, MitM & unauthorized access ke pangkalan data

24–25 Okt 2026
Audit & patch oleh Cawangan EDAS

Sistem SISDA, Portal SISDA & SISDA ML — dilaksanakan di luar waktu pejabat

25 Okt 2026
Node.js dinaik taraf

v22.23.3 → v22.23.4 (versi patched minimum bagi Node.js 22.x)

26 Okt 2026 · 12:01 UTC
Pengesahan selepas reboot EC2

Kernel baharu aktif; tiada reboot yang belum dilaksanakan dan tiada security patch apt yang belum dipasang

Versi Node.js
v22.23.3v22.23.4
Versi patched minimum bagi Node.js 22.x
3 vulnerability tahap TINGGI pada Node.js — telah ditutup
TINGGIBrotli decoder — Remote Code Execution (RCE)
TINGGIdns.resolve — NUL truncation
TINGGITLS — bypass hostname verification
Dari aspek keselamatan, berikutan makluman NACSA dan hebahan vulnerability Node.js pada Oktober 2026, audit keselamatan dan pengukuhan server SISDA telah dilaksanakan oleh Cawangan EDAS pada 24 hingga 25 Oktober 2026. Node.js telah dinaik taraf kepada versi v22.23.4 bagi menutup tiga vulnerability tahap TINGGI pada Node.js, iaitu Remote Code Execution (RCE) pada Brotli decoder, NUL truncation pada dns.resolve dan bypass hostname verification pada TLS. Pengesahan semula selepas reboot EC2 pada 26 Oktober 2026 mendapati server SISDA berada dalam keadaan bersih, stabil dan selamat; semua vulnerability tahap TINGGI telah ditutup dan semua security patch terkini telah dipasang.
Bahagian 2 · Harta Intelek

Status Harta Intelek & Cap Dagangan (MyIPO)

Kategori perlindungan harta intelek SISDA & status pendaftaran MyIPO
Kategori 1

Hak Cipta

  • Blueprint SISDA
  • Reka bentuk logo dan cap dagangan SISDA
  • Reka bentuk antara muka portal SISDA
  • Slaid Penerangan SISDA
Kategori 2

Cap Dagangan

  • Perkataan/Logo SISDA
STATUS SEMASA PENDAFTARAN MyIPO · PORTAL SISDA
Borang pendaftaran cap dagangan dan hak cipta telah dihantar kepada pegawai MyIPO pada 20 Nov 2026. Sebut harga dan proses pembayaran akan dijalankan setelah borang disemak dan disahkan oleh pihak MyIPO.
DALAM SEMAKAN MyIPO Jangkaan selesai: Disember 2026
Sumber: Blueprint_Harta_Intelek_SISDA_MyIPO_Edisi_IP_1.1.pdf m/s 2–12; Makluman Board 20 Nov 2026
Mengenai harta intelek, perlindungan SISDA dibahagikan kepada dua kategori. Kategori pertama ialah Hak Cipta, yang merangkumi Blueprint SISDA, reka bentuk logo dan cap dagangan SISDA, reka bentuk antara muka Portal SISDA, serta Slaid Penerangan SISDA. Kategori kedua ialah Cap Dagangan bagi perkataan dan logo SISDA. Bagi status semasa pendaftaran MyIPO untuk Portal SISDA, borang pendaftaran cap dagangan dan hak cipta telah dihantar kepada pegawai MyIPO pada 20 November 2026. Sebut harga dan proses pembayaran akan dijalankan setelah borang disemak dan disahkan oleh pihak MyIPO, dengan jangkaan selesai pada Disember 2026.
03
Bahagian 3
Hala Tuju 2027
Pelan pembangunan modul Pengeluar & Pemasar bagi tahun 2027
Pengeluar
Pemasar
4 modul utama
Siap Sep & Dis 2027
Seterusnya, kita beralih ke Bahagian Ketiga, iaitu Hala Tuju Jangka Pendek SISDA bagi Tahun 2027.
Bahagian 3 · Hala Tuju 2027

Fokus Pengeluar & Pemasar: 4 Modul Utama

Sasaran milestone pembangunan modul 2027
PengeluarDANPemasar
1

Analisis Bekalan Pengeluar / Pemasar

Analisis trend & kestabilan bekalan

Siap 100%Sep 2027
2

Analisis Pasaran Pengeluar / Pemasar

Analisis dinamik harga & pasaran

Siap 100%Sep 2027
3

Analisis Sentimen (Sentiment Pulse)

Sumber: Berita, Media Sosial, Polisi & AMI

Siap 100%Sep 2027
4

Agri-Analyst Geospatial

Sub-modul Geospatial & Sub-modul Agri-Analyst

Siap 100%Dis 2027
JanFebMacAprMeiJunJulOgoSepOktNovDis Analisis BekalanAnalisis PasaranSentiment PulseAgri-Analyst Geospatial 30% 80% 100% · Sep 30% 80% 100% · Sep 30% 70% 100% · Sep 25% 70% 100% · Dis
Peratus = sasaran kemajuan kumulatif 2027. Modul Koordinasi Intervensi tidak termasuk. Sumber: Jawapan Board 19 Nov 2026; gambar pelan modul 2027
Bagi hala tuju 2027, SISDA menumpukan pembangunan kepada Pengeluar dan Pemasar secara serentak melalui 4 modul utama. Pertama, Modul Analisis Bekalan Pengeluar/Pemasar — sasaran 30% pada Januari, 80% pada Julai dan siap pada September 2027. Kedua, Modul Analisis Pasaran Pengeluar/Pemasar dengan sasaran yang sama, iaitu siap pada September 2027. Ketiga, Modul Analisis Sentimen (Sentiment Pulse) yang meliputi berita, media sosial, polisi dan AMI — 30% pada Januari, 70% pada Mei dan siap pada September 2027. Keempat, Modul Agri-Analyst Geospatial — 25% pada Januari, 70% pada Jun dan siap sepenuhnya pada Disember 2027.
04
Bahagian 4
Isu & Cabaran
Cabaran teknikal, tadbir urus data & perkara untuk pandangan dan kelulusan JK EA
3 isu teknikal
5 perkara makluman
2 perkara pandangan & kelulusan
Akhir sekali, Bahagian Keempat merangkumi Isu dan Cabaran, serta Perkara untuk Makluman, Pandangan dan Kelulusan Jawatankuasa EA.
Bahagian 4 · Isu & Cabaran

Isu, Impak dan Cadangan Tindakan Teknikal

Isu teknikal semasa berdasarkan status operasi terkini
Isu
Impak
Tindakan / Mitigasi
Data input model ML, ekonometrik & forecast tidak seragam merentas agensiModel ML · Ekonometrik · Forecast
Kod komoditi, varieti, gred dan unit berbeza antara DOA, DOSM, LKIM dan FAMA — berisiko menyebabkan ralat padanan data.
Harmonisasi 41 komoditi / 102 varieti dalam enjin AWS Glue; medan kualiti data ditetapkan.
Portal SISDA & model forecast bergantung pada data berkala (bukan real-time)Aplikasi Portal SISDA · Forecast
Kebergantungan pada data bulanan/tahunan menjejaskan keupayaan amaran awal.
Pembangunan API Integration Hub untuk integrasi data secara automatik.
Ketepatan forecast model ML rendah bagi komoditi bermusimModel ML · Forecast
11 siri (132 rekod) komoditi bermusim, cth. cempedak & nangka, mencatatkan ketepatan rendah.
Continuous fine-tuning model ML (smoothing model) dalam fasa maintenance.
Isu migrasi AWS telah diselesaikan berikutan migrasi siap sepenuhnya (100%).
Sumber: Blueprint SISDA IP 1.1 m/s 5; Slide SISDA_20.6.2026 m/s 4; Laporan Forecast (ringkasan); Jawapan Board 19 Nov 2026
Dari segi isu dan cabaran teknikal, isu migrasi AWS telah diselesaikan berikutan migrasi siap sepenuhnya (100%). Kini terdapat tiga isu utama. Pertama, data input bagi model ML, ekonometrik dan forecast yang diperoleh daripada pelbagai agensi tidak seragam dari segi kod komoditi, varieti, gred dan unit; isu ini ditangani melalui harmonisasi 41 komoditi dan 102 varieti dalam enjin AWS Glue. Kedua, Portal SISDA dan model forecast masih bergantung pada data pertanian bulanan atau tahunan yang bukan real-time sehingga menjejaskan keupayaan amaran awal; oleh itu, API Integration Hub sedang dibangunkan untuk integrasi data secara automatik. Ketiga, ketepatan forecast model ML bagi 11 siri komoditi bermusim, seperti cempedak dan nangka, masih rendah dan memerlukan continuous fine-tuning model ML (smoothing model) dalam fasa maintenance.
Bahagian 4 · Rumusan

Perkara untuk Makluman, Pandangan & Kelulusan JK EA

Makluman, pandangan dan kelulusan Jawatankuasa Teknikal Enterprise Architecture

Makluman

  1. Pelancaran rasmi Portal SISDA v1 pada 20 Jun 2026, jam 2.30 petang, oleh YB Menteri KPKM.
  2. Migrasi ekosistem SISDA ke AWS Cloud telah siap sepenuhnya (100%).
  3. Prestasi model forecast ML 41 komoditi dengan ketepatan median 93.43%.
  4. Penambahbaikan model ML & Ekonometrik hasil Bengkel JK SISDA 27–29 Julai 2026 telah siap.
  5. Audit sekuriti dan naik taraf Node.js kepada v22.23.4; 3 vulnerability tahap TINGGI pada Node.js telah ditutup.

Pandangan & Kelulusan JK EA

  1. PandanganPortal SISDA kini boleh diakses melalui domain sisda.my. Mohon pandangan JK EA sama ada domain sisda.my boleh digunakan, atau SISDA perlu menggunakan domain .gov.my.
    sisda.myatau.gov.my
  2. KelulusanCadangan menukar service Amazon QuickSight kepada AWS Kiro, kerana Bahagian RMP lebih banyak menggunakan Kiro berbanding QuickSight. Mohon kelulusan JK EA.
    Amazon QuickSight→AWS Kiro
    Amazon QuickSight merupakan komponen kos AWS terbesar bagi November 2026: USD 275.08 (44.9%) — rujuk slaid 6.
Sebagai rumusan, kami memohon Jawatankuasa mengambil maklum mengenai pelancaran rasmi Portal SISDA v1, migrasi AWS Cloud yang telah siap sepenuhnya (100%), prestasi forecast dengan ketepatan median 93.43%, penambahbaikan hasil Bengkel JK SISDA serta audit sekuriti Node.js. Seterusnya, terdapat dua perkara untuk pandangan dan kelulusan Jawatankuasa. Pertama, Portal SISDA kini boleh diakses melalui domain sisda.my; kami memohon pandangan Jawatankuasa sama ada domain sisda.my boleh digunakan atau SISDA perlu menggunakan domain .gov.my. Kedua, kami mencadangkan penukaran service Amazon QuickSight kepada AWS Kiro kerana Bahagian RMP lebih banyak menggunakan Kiro berbanding QuickSight, dan memohon kelulusan Jawatankuasa bagi cadangan ini.
Terima Kasih
Bahagian Risikan dan Pemodenan Pasaran, FAMA
Sekian pembentangan daripada saya. Terima kasih kepada Tuan/Puan Pengerusi dan ahli-ahli Jawatankuasa.
Naratif